nak duet takk.. tokan sini yeahh... :)

assalamualaikum.. kita hanya mampu tawakal.. inn shaa allah.. rezeki itu dari allah..
Income RM900 sehari tanpa modal. Tuan/Puan drpd kita berFB/berWECHAT/WHATSAPP xdapat hasil...apa kata sambil2 tu kita buat income nak?? tekan link ni klau nak join na buat duet.. inn shaa allah... ada hasil nya... meyh isi kat sini...
http://pay4shares.com/?share=134367

Friday, April 15, 2011

UNTUKMU WANITA...

Untukmu wanita
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Sunday, April 10, 2011

Mencari Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

Masalah Kecil dan Masalah Besar

Hujan pagi turun lagi baru-baru ini. Langit yang gelap, angin dingin yang bertiup menyapu wajah dan tempias hujan di balkoni menggamit nostalgia. Saya teringat ketika zaman persekolahan dahulu. Hati melonjak-lonjak seronok apabila berjalan dengan payung kertas berwarna coklat.
Oleh kerana saiznya yang lebih besar daripada tudung saji di rumah, saya memegang hujung payung agar ia tidak terkibar-kibar ditiup angin apabila berselisih dengan lori balak. Selalunya, sedang asyik menggenggam kaki payung agar tidak terlepas ditiup angin, seluar pula yang basah terpercik air lopak apabila lori balak merempuhnya. Bila ia terjadi, ia bukannya masalah. Saya akan tertawa dan terus menapak ke sekolah. Seluar saya akan kering sendiri kerana saya akan bermain police and thief sebelum kelas bermula.

Saturday, April 9, 2011

4 Petua Tangani BOSAN....

Apakah rasa bosan? Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.

Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.

Friday, April 8, 2011

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

10 soalan Sebelum Bertunang

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

bayaran Sebuah Kemaafan

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan.

Muslimin Bantu Kami Mencari Erti Solehah

Gerak langkahmu memikat hati,
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.

Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.

Ranjau Menawan - NowSeeHeart

Wednesday, April 6, 2011

CARILAH JALAN KEMBALI

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35

Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan.

SIAPA YANG CANTIK...

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

MATA OH MATA MENGAPA ENGKAU LIAR..

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

SALAH SIAPA

Allah!!!, entah mengapa ungkapan itu terbit tiba-tiba dari lidahku, mungkin inilah yang dikatakan fitrah seorang hamba yang memang tidak berdaya dan sentiasa mengharapkan limpahan kekuatan dan keinginan dalam meneruskan perjuangan yang semakin hari ku lihat semakin sukar.

Memang sejak kebelakangan ini hatiku membentak tentang tugasan yang padat menghujani aku satu persatu.

Jiwa yang dulunya tampak gagah kini meronta-ronta untuk dilepaskan dari segala bebanan ini.

Bukan aku tak mahu, tapi entahlah inilah kali pertama aku merasakannya dan semangatku kian padam dan semakin menghitam.

harga sehelai tudung

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.

"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SLAMAT BERAMAL.....

Jadikan dirimu umpama pohon rendang yang menjadi tempat manusia berteduh. Jangan sekadar seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api....

Tuesday, April 5, 2011

Apa itu sahabat???

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang"(HAMKA)

Bagi pendapat HAMKA, persahabatan adalah untuk sama-sama memperluaskan tujuan hidup dengan satu jiwa yang lain. Pendek kata, apa yang kita fahami daripada sebuah persahabatan itu bukan sekadar melibatkan hubungan kata-kata atau perbualan dalam interaksi antara satu sama lain sahaja...
Tidak juga cukup dengan sekadar menggunakan bahasa tubuh sebagai alat yang menghubungkan antara seorang insan dengan insan yang lain sahaja. Tetapi, persahabatan itu adalah perasaan dan ikatan yang melibatkan jiwa...

OLEH ITU : "SAHABAT SEJATI ADALAH MEREKA YANG SANGGUP BERADA DI SISIMU KETIKA KAMU MEMERLUKAN SOKONGAN WALAUPUN PADA SAAY ITU MEREKA SEPATUTNYA BERADA DI TEMPAT LAIN YANG LEBIH MENYERONOKKAN".

JAGALAH SAHABATMU SEBELUM DIA PERGI MENINGGALKANMU

Monday, April 4, 2011

cte cute.. pergi berjuang.. cayuk2..

japanimation hi5
Anime graphics comment

cute ta??

theme ibibo
Anime graphics comment

hemm.. ayi neyy??


hemmmm ta twu larw... mcm2 da jdi.. knyataan kbnaran dtg tanpa dduga.. tp kbnaran wlaupun pahit.. lbey baek dri pnipuan btol ta??? hmm... ntah larw... hdup umpama roda kdang2 kte kt atz... kdg2 kter kt bwh.... ya allah.. kau MAHA MENGETAHUI.... insya'allah.. akan ku harunginya dgn tabah.. cayuk2.. heheheh.. sayonara..

cje2.. heheh enjoy....

animes
Anime graphics comment
quran wood
Islamic graphics comment
miss cute
Cute graphics comment

salam perkenalan...

hyep... huhu.. first time na bwt.. hehehehehe.. thank to my fwendz.. coz tlg bwtkn blog ieka.. heheh thankz a lot..