nak duet takk.. tokan sini yeahh... :)

assalamualaikum.. kita hanya mampu tawakal.. inn shaa allah.. rezeki itu dari allah..
Income RM900 sehari tanpa modal. Tuan/Puan drpd kita berFB/berWECHAT/WHATSAPP xdapat hasil...apa kata sambil2 tu kita buat income nak?? tekan link ni klau nak join na buat duet.. inn shaa allah... ada hasil nya... meyh isi kat sini...
http://pay4shares.com/?share=134367

Sunday, December 30, 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

korang mesti tertanya-tanya adakah sidia jodoh kita?? 
haaa meyh sini.. ieka ada tips ni.. 
ni ieka dapat dari muka buku.. hue hue hue.. :)
apa tunggu lagi jom kita review.. ^_^

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
*semoga tips2 ini dapat memberi manfaat yg baik yerw..
 kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH S.W.T yang menentukannya.. :) wasalam...
empunya hati :

Friday, November 16, 2012

SaNtApAn LeNsA MaTa AnDa!!

 hye2.. ape khabar sehat??
                   hari ni ieka ta moo tulis panjang2 berjela2 tu..
                                  just nak bagi santapan sikit.. 
                            waa yummy!!!! erkkk.. bukan yang tu..
                             santapan utk lensa mata anda yerw.. 
                                    jom kita review yoo!!!!


sweet kan kan kan!!!



yang sedeyh sikit.. sebab tengah melanda dalam diri yoo!!..


last skali.. nag bagi kuiz.. hadiah dia tak hebat pun...dapat gelaran dia "BIJAK"..hehe.. saja nak sonok2...
selamat menjawab:
adakah anda pernah lihat rumah ini?



da taw jawapan.. silala komen tunggu pa lg.. (=
adiosss.. wasalam.. take care yoo.. (;

Tuesday, October 16, 2012

segmen tingkatkan followers sampai lebam!!!


(klik banner kalau nak join yer syg)

hola.. hye2.. haa.. segmen kali ni..
ieka nak join sebab ieka ade target taw..
ieka ingat nak tambah friendz a.k.a followerz before besday ieka..
sooo ieka pun join la segmen ni.. 
humm agak2 tercapai ke tak..
walaubagaimanapun(bm habis..) kite try okayh..
let's move on bebeyhh..
 syarat2nye senang aje... ^_- wink**
  • wajib buat satu entry bertajuk segmen tingkatkan followers sampai lebam( )
  • tempek banner atas tu( )
  • print screen followers korang( )

  • tag sorang blogger atau sebanyak mungkin blogger dalam entry tu( )
  • Publish entry( )
  • post kat comment xiao okays :)( )

  • Syarat biasa :)
  • Follow blog xiao -----> Xiao( )
  • Like fanpage me ----> Xiao( )
  • Follow sponsor  -----> Fiqah( )
  • Follow sponsor -----> Follow( )
  • Like sponsor ---> Yuhuus Blog( )
  • Subscribe sponsor ----> Tyqa( )
  • Like sponsor ------> Izumi Shop( )
  • Klik ni ---> klik , klik , klik( )
*3 Pemenang yang berjaya meningkatkan
followers sebanyak mungkin akan mendapat hadiah misteri :)

*dan 10 orang bertuah akan dimasukan dalam bloglist blog xiao :)

*Penyertaan ni akan terbatal jika kurang daripada 30 orang join !

Tarikh tutup
30/11/2012 okay 
kalau ada halangan maybe akan ditukar tarikhnnya

haaa.. senang tak?? best kan.. tunggu ape lagi jom la joinn..
support la sikit segmen blogger hebad kita nieyh.. ^_^
adoisss.. winkk***

Sunday, October 14, 2012

Jom join giveaway Salam Ukhuwah !!!


haaa... ieka join GA lagi.. 
ieka lihat GA ni menarik sangat.. syarat2 die simple je.. ^_^
jom kita review (=

Syarat -syarat untuk join :

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Lelaki dan Perempuan
3. Tiada had umur

Cara nak join : 
1. Follow blog dan like page berikut (jujur ye ^__^)


Due date : 25/10/2012 

simple je kan.. tunggu ape lgi.. klik gambar diatas untuk 

join yerw.. ^_^

adiossa.. (=

Thursday, September 27, 2012

GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com


geng!! jom ramai2 kita pakat2 join giveway nieyh..
ada brand??? daripada belog kita sunyi kan 
lg baek ada yg rajin terjah kita.. jom join jom.. <3



cube korang lihat hadiah super GEMPAK!!! NI



ANTARA HADIAH GIVEAWAY INI ADALAH :
 1. Domain .COM / 1tahun 
2. Cash RM50 
 3. 3 header percuma
 4. 4 aplikasi fanpage 
5. Topup rm10 
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2 
7. Sevonir dari oversea 3x 
8. Topup rm10 3x 
9. Review blog 3x + Topup rm15 
10. Topup rm50
11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x
15. Lens 2x
16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
 19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x



APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN untuk sertai GIVEAWAY ini ?
1. Tajuk Giveaway "GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com"(~siap~)
2. Letak Gambar Giveaway di atas dalam Entry Giveaway(~siap~)
3. Follow @ Like (WAJIB) Blog/Fanpage Penganjur dan Sponser Giveaway ini(~siap~)

3. Copy dan Paste Link/Url Sponser kedalam Entry Giveaway (copy dan paste no.2)(~siap~)
 4. Tag Sekurang-kurangnya 5 rakan Blogger dalam entry anda(~siap~)
* ryn
*mr.moustache
*zayn molek
*syaida
*long haffiz long hassan

 5. Pastikan Backlink Entry Giveaway diletakkan dalam entry(~siap~) 
*http://thatmyblognotyours.blogspot.com/2012/09/giveaway-blogger-bertuah-by-jiwarosak.html

 6. Tinggalkan Komen Links Entry anda di Comments/Komen(~siap~)

Wajib masukkan ayat ini di dalam entri Giveaway anda.

           Saya nak domain .com percuma kerana 


*cool~awesome~limited edition*

tunggu ape lagi.. jom ramai2 pakat

 support blogger game kita.. (=