nak duet takk.. tokan sini yeahh... :)

assalamualaikum.. kita hanya mampu tawakal.. inn shaa allah.. rezeki itu dari allah..
Income RM900 sehari tanpa modal. Tuan/Puan drpd kita berFB/berWECHAT/WHATSAPP xdapat hasil...apa kata sambil2 tu kita buat income nak?? tekan link ni klau nak join na buat duet.. inn shaa allah... ada hasil nya... meyh isi kat sini...
http://pay4shares.com/?share=134367

Wednesday, June 15, 2011

Haramkah Menonton Wayang?

Ada rakan saya berkata kepada saya bahawa hukum menonton wayang di pawagam adalah haram kerana banyak kemungkaran di dalamnya. Adakah ini benar? Selain itu , adakah berkaraoke di tempat karaoke juga haram? Harap ustaz dapat membantu dalam hal ini.
- Nafiz

Assalamualaikum Warahmatullah.
Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.
Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.
Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
Wallahualam.

2 comments:

auditslave said...

betul ape yang dikatakan itu,mononton wayang itu banyak kemungkaran dari kebaikan.ape saya perhatikan ramai remaja menonton wayang mengaMbil kesempatan membuat wayang serndiri.jadi anda semua faham-faham aje la ape yang saya katakan,jadi kita haruslah mengambil iktibar.

siti zulaikha said...

@debit-credit
betol tu..... dunia sekarang sudah dcemari dgn budaya barat.. ayuhlaa rakan sperjuangan.. marilah kita tegakkn syiar islam.. siapa lagi mahu tegakkan islam jika bukan umatnya sendiri