Bila syaitan membisik
ke dalam hatimu,
bila syaitan meniup
ke dalam telingamu,
bila syaitan menggoda
ke dalam nafsumu,
terbitlah perasaan marah.
Tidak kira pada siapa hendak dituju,
baik ibu atau bapa,
si anak lupa daratan,
ibu dipersalahkan,
bapa tidak lagi diendahkan,
alangkah pilu hati bagai dihiris,
alangkah sebak dada bagai dipukul,
dek perbuatan si anak,
yang dikuasai nafsu marah.
Segala yang terjadi,
hanya dalam sekelip mata,
begitulah apabila syaitan berjaya,
si anak puas,
dengan kemarahan yang dilepas,
si ibu terhiris luka di hati,
si bapa sebak menahan hampa,
kerana si anak lupa diri...
Saturday, May 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment