nak duet takk.. tokan sini yeahh... :)

assalamualaikum.. kita hanya mampu tawakal.. inn shaa allah.. rezeki itu dari allah..
Income RM900 sehari tanpa modal. Tuan/Puan drpd kita berFB/berWECHAT/WHATSAPP xdapat hasil...apa kata sambil2 tu kita buat income nak?? tekan link ni klau nak join na buat duet.. inn shaa allah... ada hasil nya... meyh isi kat sini...
http://pay4shares.com/?share=134367

Wednesday, May 11, 2011

SAYA NAK HAK SAYA

Saya nak hak saya! Itu adalah ungkapan sinonim yang biasa meniti di bibir kita setiap masa. Semua orang mahukan hak masing-masing. Tidak ketinggalan juga saya. Anda bagaimana?
Tahukah anda hak hanya wujud selepas kita melaksanakan tanggungjawab kita? Ini bermaksud hanya jika kita melaksanakan tanggungjawab kita, kemudian barulah kita boleh menuntut hak kita.

Teringat saya pada kenangan tika menyiapkan tugasan Hak Asasi Manusia dan saya serta rakan yang lain memilih untuk 'interview' penghuni Raudatus Sakinah. Terpana seketika apabila ditanya oleh Ummi iaitu Pengurus Raudatus Sakinah, hak apa yang hendak dituntut apabila tanggungjawab tidak dilaksanakan?
Dari situ, saya mula belajar, hak hanya dapat wujud jika tanggungjawab dilaksanakan.
Analoginya cukup mudah, kalau kita menjalankan tanggungjawab mengundi di Pilihan Raya Umum dan kita akan berhak untuk memilih pemimpin yang kita pilih untuk menyuarakan pendapat kita. Andainya kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, jangan salahkan pemimpin yang terpilih jika hak dan kepentingan kita tidak disuarakan pada masa akan datang.
Cuba aplikasikan tanggungjawab dan hak ke dalam konsep hidup kita!
Kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan sujud pada-Nya, taat pada-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, maka barulah kita berhak mendapat hak kita seperti hak supaya Allah mengabulkan doa kita, mempermurahkan rezeki dan sebagainya. Adalah hak Allah terhadap kita, supaya kita senantisa ingat pada-Nya, bersyukur pada-Nya kerana setiap helaan nafas ini adalah milik-Nya.
Cuba tanya diri, apa milik kita sebenarnya?
Pernah mendengar hadis ini ?
Jagalah hak-hak Allah, maka Allah akan menjaga hak-hak kamu, jagalah Allah seakan-akan Dia wujud di hadapanmu, jika kamu inginkan sesuatu, maka mintalah kepada Allah, jika kamu ingin meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan Allah. Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan mudarat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah dituliskan oleh Allah ke atas kamu. [Riwayat Tirmidzi]
Faham maksudnya ?
Jangan ditanya kenapa Allah tidak mengabulkan doa, kalau hak terhadap Allah tidak kita dilaksanakan.
Jangan ditanya kenapa Allah tidak murahkan rezeki, kalau hak terhadap Allah tidak pernah hadir di ingatan.
Jangan ditanya kenapa dan mengapa selagi hak dan tanggungjawab pada Allah tidak dilaksanakan.
Ingat hanya apabila kita menjaga hak-hak Allah, maka Allah akan menjaga hak-hak kita. Insya-Allah.

No comments: